24 April – Hari pertama PMPL MY/SG Musim ketiga sudah berakhir dengan Geek Fam mendahului 15 pasukan PUBG Mobile yang lain. Pasukan Geek Fam berjaya mendapatkan tiga “Winner Winner Chicken Dinner” daripada enam perlawanan yang diadakan. Walaupun hanya dapat 29 kills mereka berjaya duduk di atas leaderboard kerana memperolehi 54 mata rank.
Keputusan Winner Winner, Chicken Dinner:
- Sanhok – Geek Fam
- Erangel – Anti Circle
- Miramar – Geek Fam
- Sanhok – J8 Esports
- Miramar – Geek Fam
- Erangel – RSG Malaysia
Terdapat banyak saat-saat genting sepanjang enam perlawanan yang diadakan pada hari pertama tersebut. Antaranya ada ketika perlawanan keempat, di mana J8 Esports berjaya meraih 19 kills dalam satu perlawanan.
Dalam perlawanan kelima pula, Geek Fam berjaya “clutch” WWCD ketiga mereka di Miramar. Geek Fam Sane berjaya bertahan melawan dua ahli iPhoneWanted lalu memenangi Chicken Dinner tersebut.
Terdapat banyak sangat “detik” untuk dipetik dalam bentuk tulisan, pembaca boleh tengok kompilasi detik detik best pilihan SEAGM di bawah. Jangan lupa lawat sponsor kami untuk UC murah ^^. Kalau nak goodies FREE pon boleh, lawat member baik kami WTM Today untuk maklumat lanjut!
Kejayaan Geek Fam sudah boleh diagak berdasarkan prestasi mereka ketika Liga PMPL musim ketiga. Sepanjang Liga tersebut mereka menunjukkan kekuatan mereka dengan persaingan ketat melawan Yoodo Gank.
You must log in to post a comment.