PUBG MOBILE RAIKAN RAMADAN DENGAN BERINSPIRASIKAN DARI MAKANAN KEGEMARAN MALAYSIA DALAM PERMAINAN  

by Yong Chi Winn
0 comment

 

Pemain boleh ‘tapau’ musuh mereka dengan kehadiran barang dalam permainan menampilkan Set Nasi Lemak dan Roti John Machete.

 KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 – Bersempena dengan bulan Ramadan kali ini, permainan mudah alih popular di Asia Tenggara, PUBG MOBILE telah melancarkan set dalam permainan terbaharu dan ‘machete’, diinspirasikan dari makanan kegemaran Malaysia!

Tersedia bermula dari 23 Mac 2023, semua peminat dan pemain boleh menebus ‘Sut Nasi Lemak’, ‘Topi Nasi Lemak’, ‘Cermin Mata Nasi Lemak’ dan juga ‘Roti John Machete’ di ‘Redeem Shop’ menggunakan ‘Ocean Crystal’.

Berinspirasikan makanan kegemaran Malaysia, Set Nasi Lemak ini termasuk:

  • Sut Nasi Lemak dilengkapi dengan Jaket Daun Pisang, T-Shirt Nasi Lemak, Rantai Ikan Bilis, dan Gelang Kacang Peanut
  • Topi Nasi Lemak Hat direka seperti tipikal nasi lemak bungkus iaitu Telur goreng, Sambal Pedas dan Ayam Goreng Berempah; dan
  • Cermin Mata Nasi Lemak dihiasi dengan timun untuk memastikan karekter anda sentiasa bergaya

‘Roti John Machete’ pula direka serupa dengan ‘Roti John’, lengkap dengan Roti, Bawang, Kobes, Daging, Telur dan sos. Dibungkus kemas dengan kertas bagi memudahkan karekter anda memegangnya!


🍛 TAPAU MUSUH DENGAN NASI LEMAK 🍛

Pemain dapat menebus Set Lemak ini dengan PERCUMA apabila mereka menyertai acara terhad ini, ‘Nasi Lemak – Tapau All!’. Bermula dari 23 Mac sehingga 29 Mac 2023, pemain perlu menyelesaikan misi istimewa untuk menebus kesemua Set Nasi Lemak ini, iaitu Sut Nasi Lemak, Cermin Mata Nasi Lemak dan Topi Nasi Lemak. 

Ayuh, sama-sama kita meriahkan ulang tahun ke-5 PUBG MOBILE, cara orang Malaysia dan tapau kesemua makanan istimewa ini. INI KALILAH!

Maklumat lanjut, layari laman media sosial rasmi PUBG MOBILE:

 

Instagram: @pubgmobilemyofficial

You may also like

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Discover more from SEAGM News

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading