[TERKINI] God of War 2018 Bakal tiba di PC melalui Steam dan Epic Games Store

by Daniel
0 comment

God of War (2018), sebuah permainan konsol PS4 yang amat terkenal, akan tiba di PC melalui Steam dan Epic Games Store awal tahun depan. Mengikut sebuah artikel PlayStation Blog, “game” bergenre aksi itu akan tersedia untuk dibeli dan dimuat turun pada 14 Januari, 2022.

[IKLAN] Tak sabar untuk merasai God of War? Dapatkan PlayStation Wallet untuk PS4 dan PS5 melalui SEAGM.

Pemenang beberapa anugerah “Game of the Year Awards” ini sudahpun terjual sebanyak 19.5 juta unit (setakat Ogos 2021), dan kini percuma melalui koleksi PS Plus khas buat pemilik PlayStation 5.

Namun begitu, God of War (2018) di PC akan memperkenalkan beberapa “feature” baru, seperti:

  • Resolusi 4K tulen dan unlocked framerate.
  • Kebolehan untuk menggunakan fungsi NVIDIA Deep Learning Super Sampling (DLSS) yang tersedia untuk kad grafix siri RTX.
  • Sokongan 21:9 ultra-widescreen.
  • Kebolehan untuk menggunakan antara controller ataupun keyboard and mouse ( papan kekunci dan tetikus)

God of War PC juga akan memberikan konten digital berikut:

  • Death’s Vow Armor Sets for Kratos and Atreus
  • Exile’s Guardian Shield Skin
  • Buckler of the Forge Shield Skin
  • Shining Elven Soul Shield Skin
  • Dökkenshieldr Shield Skin

You may also like

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.