MasterRamen nak langgar Godzilla VS King Kong kat PUBG Mobile!

by crankypants7
0 comment

PUBG Mobile Godzilla VS King Kong! Bayangkan tengah main PUBG Mobile kat Erangel cam biasa, pastu terserempak dengan seekor dinosaur besar. Bapak ah! Lepas itu, ada baboon besar lagi seekor di Sanhok. Macam mana rasanya? Inilah adegan yang akan datang!

PUBG Mobile – Godzilla VS King Kong

So kalau semua belum tahu lagi, kolaborasi terbaru PUBG Mobile adalah sempena dengan filem Godzilla vs King Kong tu.

Kalau belum tengok lagi, sebab tak boleh keluar, rilek dulu. Dah sekarang ni, dalam PUBG Mobile dah ada. Yang ramai tak tahu, actually sebelum ini pun PUBG Mobile dah ada kolaborasi dengan Godzilla sekali. Bulan April, Tahun 2019, apabila PUBG Mobile nak hangat kat Malaysia. Mode ni dinamakan “King of the Monsters, tapi agak mengecewakan juga lah. Sebab takde pun Godzilla dalam game tu. Cuma Team Deathmatch. Pastu dapat skin dengan emote.

Skin Kolaborasi PUBG Mobile X Godzilla tahun 2019 | Source: gampleton.com

Skin dia cantik lah, tapi setakat tu jer. Yang versi AKAN datang ni pula, LAGI MANTAP! MasterRamen pun dah teruja nak test.

Apa yang ada dalam mode PUBG Mobile Godzilla VS King Kong yang baru ni?

Kolaborasi PUBG Mobile King Kong vs Godzilla yang baru ni memang MANTAP! Dari carian kami online, nampaknya kedua-dua gergasi ni akan hadir dalam game. Tapi bukan itu sahaja! Kalau tersalah masuk bawah kaki ke, ataupun buat gergasi mental ini marah, mampus! Mati terus. Kalau nak tengok, kita semua kat SEAGM dah puas cari klip-klip kat laman web, sampai dapat preview cantik-cantik kat test server. 

Dari preview, apa yang dapat dilihat, gila kot. Dah lah kena lawan dengan musuh lain, pastu kena lari dari circle tu. Sekarang ini tambah lagi milo dinosaur dengan kera seekor. Sudah jadi macam zoo. Tapi menarik lah, sebab ada benda baru untuk dilihat dan dialami. Yang penting, lagi menarik berbanding dengan kolaborasi Godzilla yang sebelum ni. Dapat skin jer… INI DAPAT EXPERIENCE GERGASI TERUS! DUA GERGASI!

MechaGodzilla

Kamu semua ingat sampai tu sahaja? Tersilap! Ada lagi seekor, entah dari mana muncul. MechaGodzilla. Apa benda ni woi! Nampak ganas, tapi sebenarnya, tengah lepak sahaja. Tak kacau pun. Kalau kamu semua nak sangat ingin tahu, tembak ke arah MechaGodzilla pun, dia tak buat apa-apa. Adalah bising sikit, tapi itu sahaja. Ada seorang pemain, sudah boring sangat, naik angin sebab MechaGodzilla tak buat apa-apa. Dia naik bot sebiji, lepas tu langgar MechaGodzilla yang duduk melepak dalam air. Mampus terus. Memang tergelak kita semua kat SEAGM ni.

Last sekali, macam MasterRamen, mesti tertanya-tanya bila update ini dah keluar nanti, boleh tak kalau drop atas binatang ini? Jawapannya? Tak boleh! Tapi kalau nak try, silakan. Asalkan jangan mati sudah. Bila sudah try, laporkan kat kita di ruang komen dekat bawah ni.

Tengah cari UC PUBG Mobile Murah? Kan SEAGM ada PUBG UC murah! Tak payah cari jauh-jauh. Tengah cari UC PUBG Mobile Murah? Kan SEAGM ada PUBG UC murah! Tak payah cari jauh-jauh. Dah baca tentang musuh Yoodo Gank? 

You may also like

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.