Rahsia Bravo Yoodo Gank dapat 25 kill MVP dalam PMPL MY/SG S3

by crankypants7
0 comment

Musim ke-3 Liga Professional PUBG Mobile (PMPL) pada permulaan ini menyaksikan ahli Yoodo Gank, Bravo, naik gila dengan 25 Kill. Sekaligus menjadi MVP untuk pusingan ini. Apakah rahsia dia? Kita tengok sama-sama!

Yoodo Gank PMPL MY/SG S3

Selepas aksi hari minggu lepas. Yoodo Gank sekarang ni berada di tangga ketiga dengan 2 Chicken Dinner dalam 12 round pertandingan.Antara detik yang paling best, si Bravo membakar pasukan J8 dengan balingan Molotov yang tepat, membakar terus pasukan J8. Ini diikuti dengan rataan Putra dan Manparang.

Chicken Dinner di tangan Yoodo Gank, dengan rataan seorang lagi yang tertinggal sebelum iaitu Sniperman dari team Anti Circle. Draxx menghabiskan pusingan itu dengan rataan Sniperman. Pusingan yang sama ini melihat Bravo mendapatkan 5 kill, 4 kill oleh Draxx, 2 kill dari Putra, dan 3 kill dari Manparang.

Yoodo Gank – Bravo

Dah, beres pasal minggu pertama Musim ke-3 PMPL. sekarang ni kita berbual pasal member baru Team Yoodo pula. Bravo.

Gila kot. Baru kickstart Super Weekend terus dapat MVP. Seperti yang disebut kat atas, Bravo mendapat gelaran MVP ni dengan 25 kill. Tapi dia tak berseorangan kat situ lah, sebab Aniq dari pasukan J8 pun mendapat 25 kill juga di tangga kedua. Ini diikuti oleh xSyko dari Taugeh Ayam eSports,Sane dari GeekFam, dan Draxx dari Yoodo Gank, di tangga ke 3,4 dan 5.

Kita kongsi sedikit latar belakang Bravo ni. Nama penuh dia adalah Lokman Hakim Abdul Saddar. Memang merdu nama dia kan? Brader sado ni sebelum ni dari team Dingoz MZ. Beliau, bersama Putra dipilih oleh Yoodo Gank untuk menggantikan Jumper dan Fredo. Kenapa?

Bravo dan Putra kedua-duanya berjaya mendapat Gelaran Terminator dalam PMPL MY/SG dalam Musim kedua sebelum ni. Dengan prestasi yang sangat bagus, sudah pasti kedua-dua akan berada dalam sasaran Yoodo betul tak?

Rahsia Bravo

Anyways, apakah yang membezakan Bravo dari MVP yang lain dalam pusingan ini? Kalau kita lihat dengan teliti, apa yang boleh kita dapat: dari kelima-lima top 5 MVP ini, nampak sangat perbezaan yang paling jelas: Senapang Bravo. Bravo menggunakan M762, berbanding dengan M416 yang dipakai oleh pemain top 5 yang lain. Kalau kita bandingkan kedua-dua senjata ini, M762 mempunyai kuasa yang lebih tinggi sikit. Kelajuan tembakannya pun lebih tinggi.

M762 | Source: zilliongamer.com
M416 | Source: zilliongamer.com

Ada tak antara korang yang lebih suka pakai M762 berbanding dengan m416? Komen kat bawah. Yang pastinya, kita semua kena perhatikan Bravo selepas ni. Dah muncul kegarangannya. Kita harapkan dia naik gila lagi dalam pusingan akan datang. Sementara waktu, belilah UC PUBG Mobile anda dari SEAGM. Murah kot!

You may also like

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.