Apa yang anda Perlu tahu tentang Eversoul
Jika anda merupakan seorang peminat anime dan sukakan waifus yang cantik, Eversoul merupakan salah satu game terbaik yang anda perlu cuba. Apa yang anda perlu tahu tentang Eversoul ialah merupakan sebuah game gacha idle daripada Kakao Games yang boleh dimuat turun sejak 5 Januari 2023. Game ini penuh dengan karakter yang cantik dan mempersonakan. Eversoul boleh didapati pada platform iOS dan Android.

Gambaran keseluruhan dan Jalan Cerita
Apa yang anda perlu tahu tentang Eversoul ialah jalan ceritanya yang amat menarik. Bayangkan anda baru sahaja bangun dan dikelilingi ramai waifus yang cantik. Ini bukan gurauan, Eversoul merupakan sebuah game dimana anda perlu mendedikasikan masa anda meningkatkan ‘Souls’. Eden, merupakan syurga untuk ‘Souls’, merupakan tempat mereka tinggal. Dalam perjalanan pertama, anda akan berjumpa Mephistopheles yang akan memimpin dan memberi panduan melawan musuh.’Kuasa besar datang dengan tanggungjawab yang besar’ dengan kuasa Soul Master anda perlu menyelamatkan Eden.
Mephistopheles merupakan Soul artifisial yang dilahirkan untuk mengawal Ark Metatron. Tambahan pula, anda akan berjumpa Yuria, Permasiuri kepada Kerajaan Solrey. Bukan itu sahaja, Rose, Linzy, dan Chloe juga anda menjadi peneman anda dalam menangani musuh yang muncul di dalam Kerajaan Solrey. Sejujurnya, rupa paras rakan seperjuangan akan amatlah baik termasuk animasi serangan mereka yang tampak garang. Tanpa disangkal lagi, anda akan berjumpa lebih banyak Souls yang anggun dalam mengharungi perjalanan anda di Eden.
Gaya Permainan
Untuk gaya permainan pula, sedikit spesial jika anda biasa memainkan games seperti Ninja Saga di Facebook kerana Eversoul merupakan game berasakan giliran. Walau bagaimanapun, Eversoul jauh seperti game lain kerana anda perlu merancang dan menyusun strategi untuk Soul anda bagi memenangi suatu pertarungan. Selain itu, anda juga perlukan masa yang tepat untuk mengaktifkan ‘skill’ bagi memberi ‘damage’ yang tinggi kepada musuh. Tambahan pula, terdapat juga ‘Love System’ yang membolehkan anda untuk membangun perasaan cinta terhadap karakter kegemaran
Secara kontra, jika dibandingkan dengan game idle gacha yang lain pergerakan dan grafik karakter amatlah lancar. Tambah lagi, anda juga boleh mendapatkan material dengan mudah bagi menaikkan tahap karakter anda. Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan skin untuk sesetengah karakter dengan mudah jika akan melengkapkan ‘love story’ mereka.Berbeza dengan game gacha lain yang memerlukan wang untuk mendapatkan skin.
Gacha dan Sistem Pity
Apa yang anda perlu tahu ialah sistem gacha Eversoul amatlah unik. Sistem gacha ini dipanggil ‘pick-up summon’ dan dijamin anda akan mendapat karakter ‘epic’ setiap 30 ‘summons’. Manakala untuk karakter spesial pula ialah setiap 60 ‘summons’ pada karakter banner. Karakter paling dinilai ialah ‘epic’ dimana kemungkinan untuk mendapatkannya ialah 4% dalam setiap 10 ‘pull’. Di Eversoul wujud karakter yang mempunyai ciri seperti manusia, binatang, bidadari dan mayat hidup. Eversoul juga ialah game mesra f2p dimana senang untuk mendapatkan Everstone. Everstone merupakan bahan dalam game yang diperlukan untuk ‘summon’ Soul dan boleh diperolehi dengan mudah dengan menyelesaikan misi.
Bimbang tidak cukup wang untuk membeli barang in-game? Jangan risau SEAGM kan ada! Kami mempunyai harga menarik bagi ‘google play store cards’. Apa yang ditunggu lagi pergilah rebut peluang ini untuk mengumpul waifus yang seri ini!