Wild Rift Patch 2.2A Memperkenalkan Rammus, Mengekalkan Role Queue

Wild Rift Patch 2.2A telah keluar untuk semua pemain game mobile Riot dan ia memperkenalkan beberapa aspek dan perubahan baru kepada “meta” game tersebut. Antaranya adalah pengenalan “Rammus”, seorang- seekor (?) tenggiling yang berperanan sebagai Jungler.

Sumber: Wild Rift

Wild Rift Patch 2.2A – Champion Baru

Menjadi idola ramai, ditolak oleh segelintir orang, dan membingungkan semua orang, Rammus mempunyai sifat ingin tahu ini penuh dengan misteri. Dilindungi oleh cengkerang berduri, pelbagai teori berbeza muncul mengenai asal usulnya ke mana saja dia pergi—daripada separa dewa, pendeta suci, hinggalah kepada seekor makhluk biasa yang ditukarkan oleh magik. Apa saja kebenarannya, Rammus sentiasa menyendiri tanpa berhenti ketika merayau-rayau di padang pasir Shurima.

Rammus bakal tiba di Wild Rift pada 22 April 0:01 UTC.

Perubahan Lain Dalam Wild Rift Patch 2.2A

Selain daripada penambahan Champion yang penuh kontroversi ini, Wild Rift juga mendapat koleksi skin yang baru iaitu Stargazer.

Sumber: Wild Rift
  • Stargazer Camille
  • Stargazer Soraka
  • Stargazer Twisted Fate
  • Molten Rammus
  • Sweeper Rammus

Semua skin akan dikeluarkan sepanjang patch. Skin 2.2 yang akan datang akan dikeluarkan dalam patch yang seterusnya.

Tambahan pula, pemain-pemain tegar Wild Rift dapat menikmati event baru “Stargazer” dan mengumpul goodies-goodies baru.

Namun perubahan paling besar adalah perubahan kepada Turret yang bakal mengubah meta Wild Rift.

Riot dapat mengesan bahawa fasa “laning” hampir tak wujud dalam perlawanan bertahap tinggi. Ini kerana fasa awal Perkara ini merupakan sebahagian daripada usaha Riot untuk meningkatkan pelancaran perubahan sistemik yang mengekalkan fasa “laning” dalam permainan kompetitif.

  • Sepanjang 4 minit (sebelumnya 3 minit) pertama, turret luaran Solo (Baron) Lane dan Mid Lane mendapat 90 bonus Armor dan Magic Resist.
  • Sepanjang 4 minit (sebelum ini 3 minit) pertama, semua turret luaran mendapat pertahanan tambahan bonus apabila terdapat beberapa musuh berdekatan:
  • Jumlah jika 2 champion: 10 Armor dan Magic Resist
  • Jumlah jika 3 champion: 100 → 250 Armor dan Magic Resist
  • Jumlah jika 4 champion: 200 → 300 Armor dan Magic Resist
  • Jumlah jika 5 champion: 300 → 350 Armor dan Magic Resist

Dalam Patch 2.2A, Riot telah menukarkan status Role Queue dari fasa “percubaan” kepada “kekal”. Untuk Patch Notes yang lengkap, dapatkan dari Ben Forbes dan Alex Huang di sini. Untuk Wild Core pula, lawat kedai online SEAGM.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend