REBUT PELUANG UNTUK MEMENANGI PELBAGAI HADIAH HEBAT BERNILAI LEBIH RM2 JUTA DENGAN WHEEL-YOO-WIN

by Aly Damil
0 comment
Pengguna yang Layak Membuat Putaran Dijamin akan Memenangi Pelbagai Hadiah Menarik selain Berpeluang untuk Memenangi iPhone 14 Plus menerusi Kempen Akhir Tahun Yoodo

17 OKTOBER 2022, KUALA LUMPUR – Yoodo, perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital, mengumumkan kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ yang direka khusus bagi memberi ganjaran kepada para pengguna setia Yoodo dengan pelbagai hadiah menarik bersempena perayaan akhir tahun.

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, “Wheel-Yoo-Win adalah tanda penghargaan daripada kami kepada pengguna Yoodo, yang sentiasa menyokong kami selama ini. Dengan pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan dan membantu pengguna kami mengakhiri tahun ini dengan ganjaran yang hebat!”

Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung sehingga 21 Disember dan menawarkan peluang kepada pengguna yang layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200. Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuklah item dalam permainan serta Kod UC PUBG MOBILE, e-baucar Grab, kad e-hadiah Starbucks, e-baucar Petronas, berlian Mobile Legends Bang Bang, e-baucar beli-belah Lazada dan banyak lagi. Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang menarik seperti iPhone 14 Plus terbaharu (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800), dan kelengkapan permainan video (bernilai RM600), menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan.

Bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam kempen ini, mereka hanya perlu berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo mereka, dan mereka dijamin akan membawa pulang satu hadiah! Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima hadiah mereka. Selain memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial [Facebook dan Twitter], akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan, dan nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November, dan 22 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama SEAGM, Tommy Chieng berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Yoodo sekali lagi, dan kali ini untuk kempen yang menarik dan menyeronokkan ini. Kami sentiasa mengutamakan kepuasan hati dan kesetiaan pelanggan  dan peluang untuk memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai hadiah hebat ini sememangnya memberikan kegembiraan kepada kami.” Pelanggan SEAGM juga boleh mengambil bahagian dengan membuat transaksi yang boleh melayakkan mereka di dalam laman sesawang SEAGM, dan 150 pelanggan pertama yang layak setiap hari akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin.

Mengenai Yoodo

Dilancarkan pada Januari 2018, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih yang pertama di negara ini yang benar-benar boleh disesuaikan dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan yang lengkap.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook,  Instagram, TikTok, YouTube dan Twitter. Atau dapatkan berita esukan terkini dengan megikuti @yoodoesports di Facebook atau @yoodoesportsmy di Instagram.

Mengenai SEAGM

SEA Gamer Mall Sdn Bhd, SEAGM ialah sebuah syarikat platform e-dagang barangan dan perkhidmatan digital antarabangsa yang mantap untuk para pemain, pembangun, dan penerbit permainan video. SEAGM mempunyai beberapa pejabat di Malaysia, China, dan Thailand, ia menjadi pilihan para pemain untuk mendapatkan tambah nilai permainan video dalam talian dan barangan digital.

SEAGM berjaya membangunkan platform e-dagang barangan digital dan pembayaran permainan video dalam talian (SEAGM.com) dan platform pasaran barangan digital (KALEOZ.com). Dengan  pelbagai projek dan kerjasama serta perkongsian yang berjaya dilaksanakan, SEAGM bersedia untuk mencipta pencapaian yang lebih besar sambil ia mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam industri permainan video di peringkat global.

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Saarah

saarah@truth.my

+6017-3944018

Anita Hadi

PR@yoodo.com.my

+6019-249 4254

Alyssa May Damil

alyssa.may@seagm.com

+63 915 820 3542

You may also like

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.