PlayStation 5 berharga USD$500, Malaysia dapat Seminggu Lewat

Pada 17 September pukul 4 pagi, Sony telah mendedahkan harga PlayStation 5 yang bakal dilancarkan pada 12 November tahun ini. Konsol tersebut akan berharga USD $500 dan akan dilancarkan di Amerika, Korea Selatan, Jepun, Australia, Kanada, Mexico dan New Zealand dahulu, negara-negara lain akan mendapatinya seminggu kemudian iaitu pada 19 November, 2020.

harga ps5 malaysia

Di samping itu, PlayStation 5 Digital Edition juga akan dikeluarkan pada masa yang sama. Bezanya dengan Standard Edition adalah harga pasaran yang USD $100 lebih murah (anggaran 400++ ringgit), dan ketiadaan disc drive. Ini meletakkannya USD $100 lebih mahal daripada Xbox Series S, iaitu konsol digital Xbox. Namun begitu, spesifikasi PS5 Digital Edition sama dengan PS5, dan dua-dua model ini menyokong 4k gaming. Manakala Series S merupakan konsol yang menggunakan cip-cip spesifikasi rendah berbanding Series X untuk menjimatkan kos.

Sony Malaysia belum mengumumkan harga tempatan bagi konsol tersebut. Di laman rasminya, deskripsi PlayStation 5 (PS5) masih ditulis Launches Holiday 2020 atau “Akan dilancarkan akhir 2020”.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend