Liga profesional Mobile Legends MPL MY Malaysia kembali dengan musim yang ke-8. Dan pendaftaran baharu sahaja dibuka buat mereka yang berminat untuk menyertai peringkat kelayakan terbuka.
Liga MPL MY Musim Ke-8 ini memperlihatkan 10 pasukan Mobile Legends terbaik di Malaysia bertarung untuk menjadi juara. 8 pasukan adalah jemputan dari MPL MY Musim Ke-7, manakala 2 lagi pasukan adalah daripada peringkat kelayakan terbuka.
Tarikh-tarikh penting bagi kelayakan terbuka adalah seperti berikut:-
Tarikh buka pendaftaran: JUMAAT, 25 Jun 2021
Tarikh akhir pendaftaran: ISNIN, 5 Julai 2021
Tarikh pusingan kelayakan terbuka: 9 Julai hingga 11 Julai 2021
Pasukan yang berminat boleh mendaftarkan diri di sini. https://bit.ly/MPLS8-pendaftaran
Terma, Syarat, & Peraturan Qualifier: https://bit.ly/MPLS8-TermDanSyarat
PASUKAN JEMPUTAN MPL MY MUSIM KE-8

MPL MY S8 – Jemputan dari S7
Berikut adalah pasukan-pasukan jemputan terus ke MPL MY Musim Ke-8 Musim Tetap
- RSG MY
- TODAK
- SUHAZ EVOS
- RED
- GEEK FAM
- ORANGE ESPORTS
- TEAM SMG
- HOMEBOIS
Pasukan-pasukan diatas mendapat jemputan terus kerana mendapat kedudukan 8 tertinggi daripada 10 pasukan MPL MY Musim Ke-7
Selain daripada itu, 2 pasukan yang mendapat kedudukan terbawah bagi Kumpulan A dan B pada musim liga Musim Ke-7 terus mara ke Top 8 Qualifier. Akan tetapi, pasukan REBORN telah menolak jemputan tersebut. Ini bermaksud hanya pasukan BOSSKUR menjadi jemputan ke Top 8 qualifier terbuka.
JUARA -JUARA & MVP MPL MY / MYSG YANG LALU
MPL MYSG Musim 1
JUARA – IDNS SG (Mr.Vi, Jasonkoh, Kid, Ly4Ly4Ly4, wQxD, dan SynC)
MVP (Musim Liga) – Fredo (Saiyan)
MVP (Grand Final) – Mr.Vi (IDNS SG)
MPL MYSG Musim 2
JUARA – Saiyan Reborn (Silo, Evilx, Rynn, Loong, Jinn, dan Lacid)
MVP (Musim Liga) – Soloz (AirAsia Saiyan)
MVP (Grand Final) – Loong (Reborn)
MPL MYSG Musim 3
JUARA – Geek Fam (2ez4Jepv, Rippo, Xorn, Artz, Dominus, dan Feekz)
MVP ( Musim Liga) – Eric X (NARA Esports’)
MVP (Grand Final) – Dominus (Geek Fam)
MPL MYSG Musim 4
JUARA – EVOS Esports SG (Ace, JPL, OhDeerBambi, Potato, dan Soul)
MVP (Musim Liga) – Potato (EVOS Esports SG)
MPL MYSG Musim 5
JUARA – Resurgence (Kayzeepi, Jason, Ly4Ly4Ly4, Sana, SynC, dan Jason)
MVP (Grand Final) – Ly4Ly4Ly4
MPL MYSG Musim 6
JUARA – TODAK (Ciku, 4Meyz, Xray, Eone, Stoo, Moon)
MVP (Musim Liga) – Ciku (TODAK)
MVP (Grand Final) – Ciku (TODAK)
Pemain Rookie Terbaik – 4Meyz (TODAK)
MPL MY Musim 7
JUARA – RSG MY (Rush, Kaizer, Leixia, Logan, Lolealz, Syno, Zaraki)
#MLBB #MobileLegends #MLBBEsports #MPL #MPLMYS8 #MobileEsports #Malaysia
You must log in to post a comment.