Memperkenalkan Ahli-Ahli Baru Yoodo Gank 2021 – Terkini PUBG Mobile

Pasukan PUBG Mobile terkenal “Yoodo Gank” telah mengumumkan barisan ahli/anggota terbaharu mereka buat tahun 2021. Lineup terbaharu ini mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa anggota lama mereka serta menyambut kedatangan beberapa wajah baharu.

Yoodo Gank kini terdiri daripada:

  • Aiman “Manparang” Amirul
  • Azim Ikromi “DRAXX”
  • Faizul Iskandar “Putra” Putra
  • Hakim “Bravo” Saddar
  • “Wrydep” Azim Haris Puhatdi

Barisan Ahli Yoodo Gank 2021

Manparang

Manparang merupakan seorang ahli veteran Yoodo Gank sejak 2019 lagi. Aiman “Manparang” Amirul telah meraih pelbagai pencapaian sebagai in-game leader Yoodo Gank. Dia akan teruskan peranan asalnya sebagai Scout dan IGL. Mantap.

draxx yoodo gank 2021

DRAXX

Azim Ikromi, atau lebih dikenali sebagai “DRAXX” merupakan antara ahli terlama Yoodo Gank. Dia merupakan ahli pasukan itu sejak 2018 lagi dan banyak berjasa melalui peranannya sebagai Sniper. Masuk 2021 dia akan memegang peranan Fragger buat pasukan Yoodo Gank.

yoodo gank 2021

Bravo

Hakim “Bravo” Saddar merupakan seorang pemain profesional PUBG Mobile yang akan beralih masuk ke Yoodo Gank daripada Dingo MZ. Di samping mempunyai refleks yang tajam dan tidak mempunyai sifat belas kasihan, Bravo akan melaksanakan peranan Rusher Yoodo Gank.

putra yoodo gank

Putra

Faizul Iskandar Putra bin Muazamshah, atau dikenali sebagai Putra, akan pindah masuk ke Yoodo Gank daripada Team SMG MY. Pernah meraih gelaran Terminator pada tahun 2020, Putra akan memainkan peranan Support Yoodo Gank.

wrydep dev pubg mobile

Wrydep

Wajah baharu Yoodo Gank serta antara ahli termuda pemain profesional PUBG Mobile, tidak banyak yang diketahui tentang Wrydep atau yang dulu dikenali sebagai “Dev”. Hanya berumur 16 tahun, beliau sudah meraih beberapa gelaran dan mencapai first runner up dalam PMNC 2020.

Dan itulah berita terkini tentang susunan ahli pasukan terbaharu Yoodo Gank. Untuk lebih lagi berita tentang perkembangan esukan PUBG Mobile bolehlah ke SEAGM News. Untuk UC murah pula, jenguklah SEAGM. ^^/

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend