Atlantis, Todak & Halowake bergelar JUARA di MEL22 Open Series

by Aly Damil
0 comment

Pasukan professional Dota 2 tempatan, Team Atlantis telah dinobatkan sebagai juara kategori Dota 2 Liga Esukan Malaysia 2022 Siri Terbuka (Malaysia Esports League 2022 Open Series atau MEL22 Open Series) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Esports Integrated (ESI). Atlantis sebelum ini telah berjaya menempa nama sebagai juara kategori Dota 2 Lelaki di Commonwealth Esports Championships 2022. Selain itu, pasukan Todak telah menjuarai kategori Valorant MEL22 Open Series manakala Faiq Iskandar (Halowake), telah berjaya menjadi juara kategori FIFA MEL22 Open Series.

MEL22 Dota 2 Champion – Atlantis

Setiap juara berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 di samping piala pusingan dan pingat kepada ahli pasukan. Jumlah hadiah terkumpul bagi MEL22 Regular Series dan MEL22 Open Series adalah sebanyak RM299,500.

MEL22 Regular Series (MLBB, PUBGM, & Garena Free Fire)

  • Liga Negeri (12 – 29 September 2022)
  • Peringkat Kebangsaan (1 Oktober – 2 November 2022)

MEL22 Open Series (Dota 2, FIFA23 dan Valorant)

  • 9 November – 4 Disember 2022

Jumlah pendaftaran bagi MEL22 adalah sebanyak lebih 12,000 orang, terutamanya belia.

EXIMIUS Seize The Frontline

MEL22 Open Series akan diteruskan dengan satu lagi edisi menampilkan sebuah judul permainan terbitan syarikat tempatan (Ammobox Studios Sdn. Bhd) iaitu EXIMIUS: Seize the Frontline pada 9 – 15 Januari 2023 dan siri khas bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Para MEL22 pada bulan Februari 2023 menampilkan judul MLBB. Selepas tamatnya MEL22, pemenang-pemenang MEL22 akan mendapat slot automatik di Kejohanan Esukan Malaysia 2022/2023 (Malaysia Esports Championship 2022/2023 atau MEC 2022/2023) yang bakal berlangsung dalam jangka masa terdekat. Untuk pemenang Para MEL22, mereka dijangka bakal mewakili Malaysia bagi kategori MLBB di sukan temasya OKU, Sukan ASEAN Para 2022 yang bakal berlangsung di Kemboja pada bulan Mei dan Jun 2023.

MEL22 dianjurkan oleh KBS menerusi ESI dengan kerjasama daripada 16 persatuan sukan elektronik negeri dan Wilayah Persekutuan, selaras dengan program pembangunan di bawah roadmap ESI dan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020 – 2025. MEL22 telah mendapat sokongan penerbit permainan MLBB, Moonton Games; PUBGM, Tencent Games; dan Free Fire, Garena. MEL22 juga disokong oleh Penaja Gangsa, Nescafe dan Indomie; Rakan Media iaitu eGG Network, Rakita 107.9 dan TikTok; dan juga disokong Rakan Safe Sport, Safe Sport Malaysia dan Rakan Anti-Doping, Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS). MEL22 juga menyokong inisiatif #ImpactTolongHantar anjuran Impact Malaysia.

About Impact Integrated

We are a strategic catalyst agency for and under the Ministry of Youth and Sports (KBS) purview. As an impact-driven, non-profit company limited by guarantee (CLBG), Impact Integrated has three focus areas, namely youth, esports, and media across several flagship brands; Impact Malaysia, Rakita 107.9, Esports Integrated, Spacerubix, Picksum, and mySukan TV.

About Esports Integrated (ESI)

Esports Integrated (ESI) is an initiative to catalyze a vibrant, sustainable, and inclusive Esports ecosystem powered by Impact Integrated under the Ministry of Youth and Sports purview. At ESI, we aim to create structures and programs to support establishing a vibrant, sustainable, and inclusive ecosystem that enables growth, ensures protection, and expands diversity. As an initiative, ESI cares about nurturing and encouraging the growth and expansion of the Esports ecosystem while at the same time ensuring that the ecosystem’s environment embraces healthy values and is inclusive.

******

For more gaming news and the latest updates, visit SEAGM News.

#MLBB #MobileLegendsbangBang #MobileLegends #MLBBNewSkin #BuyAtSEAGM #SEAGM #SEAGMNews

Also, follow us at:-

🌏 Website: https://www.seagm.com
🔵 Facebook:
https://www.facebook.com/SEAGM
🟣 Instagram: https://www.instagram.com/seagm/
🔴 Youtube: https://www.youtube.com/c/SEAGMOfficial
⚫️ Tiktok: https://www.tiktok.com/@seagmofficial

You may also like

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.