Akibat Kantoi Busuk di Twitter, Xbox Terpaksa Dedahkan Harga Xbox Series S

Pada 8 September 2020, pengguna Twitter WalkingCat (@_h0x0d_) membocorkan Xbox Series S. Bedasarkan tweetnya, konsol Xbox ini merupakan sebuah konsol baru yang kurang berkuasa daripada Xbox Series X. Ia lebih kecil berbandingnya dengan kadar 60% dan diberi harga pasaran US$299.99.

Namun begitu, Series S tetap dapat memberikan pengalaman gaming “next-gen” dengan mengeluarkan penggambaran beresolusi 1440p dengan 4k “upscaling” bersama framerate sehingga 120fps.

WalkingCat memuat-naik sebuah klip empat saat yang disuntikkan, daripada apa yang nampaknya, sebuah diskusi tentang konsol tersebut. Akaun Twitter rasmi Xbox tidak mengenakan apa-apa tindakan keras terhadap pembocor tersebut, mengambil kesempatan untuk berjenaka.

Dua jam kemudian, Twitter rasmi Xbox mengumumkan secara rasminya Xbox Series S dengan sebuah tweet bergambar. Tindakkan ini mencuitkan hati penduduk Amerika kerana pengumuman konsol baharunya dibuat pada pukul 2:30 pagi waktu mereka.

Meskipun Xbox tidaklah terlalu popular antara pengguna-pengguna luar daripada Amerika dan Eropah, pihak Xbox telah menyatakan minat mereka tentang menyediakan konsol-konsol baharu mereka kepada konsomer global. Di samping itu, namun belum dijanjikan, mereka juga berminat untuk menyediakan plan bayaran bulanan untuk pakej konsol bersama Xbox Game Pass Ultimate, menjadikannya antara pelan-pelan termurah dan mudah diakses untuk gamers berbajet.

Sebelum terlupa, kekecohan di Twitter tidak terakhir di situ! Setelah Xbox mengumumkan konsol terbaharunya, WalkingCat tidak teragak-agak untuk terus memuat naik dan membocorkan iklan penuh Xbox Series S. Tontoni? Tontonkan? Maaflah Bahasa Melayu dapat B+ je time SPM, jemput tonton di bawah!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend